Thursday, June 28, 2007

Diari diet

Memulakan program diet bukanlah satu perkara yang mudah! Apatah lagi di hadapan kamu sudah terhidang pelbagai makanan yang sungguh enak. Sebagai langkah awal, kamu boleh membuat diari diet kamu sendiri. Seperti buku harian, apa yang ada di dalam diari diet kamu, hanya kamu seorang sahaja yang tahu. Catatlah makanan dan waktu bilakah kamu boleh menjamahnya. Dengan cara ini ia dapat membantu dan menentukan program diet kamu berjaya atau tidak.

Makanan segera

Jika kamu melangkah ke kedai makanan segera beberapa perkara yang perlu kamu fikirkan sebelum membuat pesanan iaitu

  • Saiz burger yang kecil.
  • Ayam panggang bersama salad.
  • Sos yang mempunyai rendah kandungan lemak.
  • Air berkarbonat untuk diet.
  • Beberapa perkara yang perlu dielakkan seperti
  • Saiz hidangan yang besar.
  • Kentang goreng.
  • Ayam ‘nugget’.
  • Keju yang berlebihan.

Punca kolesterol tinggi

Diet pemakanan yang tinggi dengan kolesterol dan lemak tak tepu.
Berat badan berlebihan.
Kurang senaman.
Merokok.
Keturunan.
Usia dan jantina.
Pengambilan alkohol berlebihan.
Penyakit kencing manis.

Tuesday, June 26, 2007

Sweet 17, sampai bila-bila….

Ingin kelihatan muda tanpa melakukan sebarang pembedahan? Semaklah 20 tips sihat di bawah ini…
Tentu kamu berasa sakit hati sekiranya ramai yang menyangka usia kamu sudah mencecah ke angka 28, sedangkan usia sebenar kamu baru sahaja 22 tahun. Namun, inilah hakikat yang perlu kamu tempuhi jika tidak menjaga pemakanan dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Sebelum ia bertambah parah, apa kata kemu semak 20 tips penting gaya hidup siha yang boleh dijadikan panduan untuk kekal sihat dan muda remaja…

  • Tarik nafas dalam-dalam
    Tarik nafas dan menghembuskannya semula dengan perlahan-lahan. Tujuannya, adalah untuk memberikan lebih bekalan oksigen masuk ke otak agar kamu tidak lagi berasa cepat letih atau tidak bermaya. Untuk mendapat kesan yang lebih baik, ketika menarik nafas pastikan hanya bahagian perut sahaja yang mengembang sementara bahagian dada berada dalam keadaan normal.
  • Cukup tidur
    Tahukah kamu bahawa ketika tidur, beberapa kelenjar akan mengeluarakan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
  • Santai dan rileks
    Perasaan tertekan dan kecewa hendaklah dijauhi! Ini kerana perasaan sebegini akan menyebabkan kadar gula di dalam darah akan mula meningkat, seterusnya menjadikan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya.
  • Meditasi
    Ia bukan sahaja bagus untuk jantung, bahkan mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Jadi, lakukanlah 10-15 minit sehari.
  • Lindungi diri
    Cahaya matahari bukan sahaja boleh menyebabkan kulit menjadi gelap, bahkan ia juga boleh mendatangkan kedutan pada wajah. Jadi, gunalah paying atau ‘sun block’ ketika melakukan sebarang aktiviti luar.
  • Hindari radikal bebas
    Elakkan diri kamu dari terdedah dengan sebarang radikal bebas seperti asap kenderaan. Sebagai langkah keselamatan tutup hidung kamu dengang sapu tangan ketika berada di kawasan yang berbahaya!
  • Yakin boleh
    Aduhai…sebanyak mana pun usaha, kesannya tidak akan berhasil sekiranya fikiran sentiasa negative dan tidak yakin dengan apa yang sedang dilakukan. Jadi, berubahlah! Usaha dan fikiran harus selari agar apa yang diinginkan akan tercapai.
  • Ketawalah!
    Saat ketawa, tubuh akan mengeluarkan sejenis enzim yang boleh menyebabkan kita berasa lebih ileks dan tenang.
  • Urutan
    Selain mendatangkan kesan rileks, urutan juga mampu meredakan stress, melancarkan perjalanan darah dan menambah jumlah sel baik pada badan.
  • Diet seimbang
    Kehilangan berat badan dalam masa yang singkat akan mempengaruhi keanjalan kulit sehingga menyebabkan kulit wajah nampak tidak berseri dan berkerut. Jadi, amalkanlah diet yang seimbang.
  • Jangan lupakan sarapan
    Mengikut penyelidikan, sarapan yang diambil secara rutin akan dapat melawan tanda-tanda penuaan!
  • Seindah pelangi
    Biasakan makan sayuran dan buah-buahan berwarna-warni! Semakin ‘berwarna isi piring’ kita, semakin banyak pula manfaatnya kepada tubuh.
  • Gunakan dental floss
    Mengikut penyelidikan, proses membuang lebihan makanan yang tersangkut pada celah gigi boleh memanjangkan umur sehingga enam tahun lamanya.
  • Telefonlah orang tersayang
    Hubungilah keluarga, teman atau kekasih saat kamu kesunyian. Ia bukan sahaja mendatangkan kesan bahagia, bahkan boleh mengeratkan hubungan silaturahim sesame kita.
  • Singkirkan rasa bersalah!
    Timbul rasa bersalah setelah makan coklat sebelum tidur? Janganlah begitu…..makan sekali bukan beerti badan kamu akan terus gemuk. Jadi, rilekslah…Cuma selapas makan jangna lupagosok gigi.
  • Senaman yang teratur
    Seperti yang diketahui senaman boleh meningkatkan enzim antioksida yang boleh melambatkan proses penuaan. Namun, sekiranya ia dilakukan secara berlebihan, radikal bebas akan terbentuk lebih banyak sehingga menyebabkan kamu kelihatan lebih tua. Jadi sebagai alternative, berjalan kaki selama 30 minit sehari pun sudah memadai bagi kamu.
  • Cintai ikan laut
    Ikan salmon, mackerel da sardine mempunyai kandungan minyak yang boleh merangsang otot! Hasilnya kulit nampak lebih bermaya dan segar.
  • Fikir positif
    Berdasarkan penyelidikan, berfikiran positif akan membantu tubuh melawan penyakit dan melambatkan proses penuaan. Biarpun adakalanya kamu berasa tertekan, namun cuba kawal diri dan berfikirlah perkara-perkara positif yang boleh menggembirakan kamu.
  • Minyak zaitun
    Gantikan minyak masak biasa dengan minyak zaitun! Selain bagus untuk kesihatan, ia juga baik untuk sistem pencernaan kerana ia mengandungi antioksida, vitamin A dan E.
  • Facial
    Selain mneghilangkan sel kulit mati pada wajah, facial juga boleh melancarkan perjalanan darah di wajah. Hasilnya, wajah kelihatan muda, segar dan berseri.
    Tips : umur tetap bertambah, tapi jiwa harus muda sentiasa…Sweet 17!