Monday, July 2, 2007

Pengambilan ikan berlemak

Tahukah kamu ikan yang mengandungi banyak lemak boleh membantu meningkatkan kesihatan tubuhmu? Ikan-ikan seperti salmon, tuna, sardin dan sebagainya baik yang segar mahupun telah ditinkan mengandungi lebih banyak khasiat omega-3 yang membantu melancarkan perjalanan darah, mencerdaskan minda serta menguatkan sendi. Malah berdasarkan kajian terbaru yang dilakukan di luar Negara mendapati pengambilan ikan dalam menu makanan walaupun sekali seminggu boleh mengurangkan kira-kira 44% risiko untuk kamu mengidap serangan jantung kronik.

Makan sebelum dan selepas

Sebelum ini, kamu mungkin pernah mengalami kesakitan gara-gara salah makan sebelum membuat senaman. Jadi semak info di bawah untuk mengetahui apa yang harus kamu lakukan jika kamu makan sebelum dan selepas bersenam.

  • Makan sebelum latihan akan mengurangkan keupayaan kamu untuk melakukan senaman dengan lebih baik. Manakala makan terlalu bnayak setelah melakukan senaman pula akan mendatangkan sakit perut dan kekejangan. Ini disebabjan oleh otot dan system pencernaan berlumba-lumba untuk mencari sumber tenaga dalam badan.
  • Sebaliknya, tidak mengambil sebarang makanan sebelum bersenam juga boleh mengganggu kesihatan tubuh kamu. Di mana, jika tidak mengambil sebarang makanan, kadar gula di dalam badan akan berada di tahap yang rendah. Akibatnya badan akan terasa lemah dan letih.
  • Jangan lupa sarapan kerana sebahagian besar tenaga dihasilkan oleh sarapan pagi yang kamu ambil. Jika melakukan senaman satu jam setelah sarapan, disarankan agar amkan dalam jumlah yang kecil dan minumlah sesuati untuk menaikkan kadar gula dalam darah untuk menambahkan tenaga.
  • Makanlah tiga jam sebelum melakukan senaman. Pengambilan makanan yang berat sebaiknya diambil tiga atau empat jam sebelumnya.
  • Pilih pisang atau yogurt! Dan jangan lewatkan waktu makan.
  • Pulihkan otot setelah melakukan senaman! Disarankan juga agar mengambil makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat yang tinggi sekurang-kurangnya dua jam selepas bersenam.

5 etika turunkan berat badan!

Jangan tergopoh-gapah menurunkan berat badan. Sebaliknya bersabar dan lakukan ia dengan penuh tertib dan sederhana. Ia bukan sahaja memberikan kesan yang memberangsangkan, bahkan baik untuk kesihatan tubuh.

Nikmati setiap gigitan
Nikmati keenakan makanan yang dimakan. Jangan terburu-buru untuk menelannya. Dengan cara ini kmau akan berasa cepat kenyang.
Sarapan ringan
Semakin besar pinggan, semakin besar keinginan untuk makan. Paling penting jangan makan yang berat-berat di waktu pagi.
Jangan pantang makanan kesukaan
Jangan terlalu mengikat perut sehinggakan makanan kesukaan kamu pun takut untuk dijamah. Sebaiknya makan apa sahaja asalkan makanan yang dimakan dalam jumlah yang sedikit.
Pilih snack sihat
Pilihlah makanan yang baik untuk kesihatan kamu. Misalnya jus buah, yogurt buah atau sepotong buah-buahan segar. Selain bagus untuk diet, ia juga boleh membuatkan kamu berasa cepat kenyang.
Potong kecil-kecil
Sebaiknya makanan yang hendak dimakan haruslah dipotong kepada beberapa bahagian. Misalnya sepotong kuih dipotong tiga atau empat. Dengan cara ini akan dapat melatih kamu makan dengan tertib dan perlahan

Hindari lemak di perut

Pengkaji di University Of Pennsylnavia membuktikan kandungan lemak di bahagian perut merupakan salah satu faKtor mengapa golongan lelaki terutamanya mengalami masalah jantung yang kronik. Lelaki yang mempunyai kurang lemak di bahagian perut mempunyai 72 peratus kebarangkalian mengalami gangguan jantung dan hanya 41 peratus daripadanya kemungkinan mengalami serangan strok jika dibandingkan dengan mereka yang boroi.

Rahsia di sebalik coklat

Coklat sering dikaitkan dengan kekuatan dan stamina, tenaga dan kuasa serta kesihatan dan keceriaan. Menurut beberapa kajian terkini tentang coklat, bahan koko itu mampu bertindak sebagai antioksida yang baik untuk badan. Selain itu, coklat juga mampu menceriakan hari kamu. Menurut kajian keceriaan yang di lakukan ke atas wanita Oxford mendapati mereka yang menghidu haruman daripada minyak asli Cocoa Therapy menjadi ceria selepas beberapa minit menghidunya.